Reply – Re: jatuh talak kah?
Your Name
Subject
Message
or Cancel
In Reply To
Re: jatuh talak kah?
— by Rezza Khanafiah Rezza Khanafiah
TALAK adalah perbuatan yang dibenarkan dalam Islam. Namun harus diketahui, TALAK merupakan perkara yang paling dibenci oleh Allah (dalam islam) Taala kerana boleh meruntuhkan sebuah institusi kekeluargaan yang dibina, sedangkan Islam amat menjaga kepentingan umatnya daripada berpecah.

TALAK disyariatkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah;

Allah Taala berfirman; bermaksud: “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik" al-Baqarah (2:229)

Hadith, sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Perkara halal namun paling dibenci oleh Allah adalah talaq" (Hadith Riwayat Abu Daud)

Maksud TALAK: Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud; menceraikan atau melepaskan.

Mengikut istilah syara' ialah bermaksud; Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian.

Lafaz TALAK terbahagi kepada dua; iaitu:
1)Lafaz Soreh
2)Lafaz Kinayah

Lafaz Soreh: ialah membawa maksud 'nyata' atau 'jelas'. Di mana TALAK yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang. Lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya.

Contoh: "Aku ceraikan kau dengan talak satu"

Lafaz Kinayah: ialah membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya, atau kalimah yang samar-samar. Namun, para ijma' ulama' berpakat Lafaz Kinayah ini hendaklah disertakan NIAT untuk menceraikan, maka jatuhlah TALAK.

Contoh: "Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka"

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada pengertian di atas adalah: TALAK boleh berlaku dengan Lafaz Talak ataupun isyarat ataupun dengan tulisan yang disertai dengan niat untuk menjatuhkan talak. Justeru seandainya seseorang suami berniat untuk menjatuhkan TALAK kepada isterinya namun suami tersebut tidak melafazkan Talak ataupun tidak melakukan sebarang isyarat perbuatan ataupun tidak menuliskan Lafaz Talak tersebut, maka talak tersebut tidak akan berlaku.

TALAK tidak akan berlaku melainkan apabila sang suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseorang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai maka TALAK tidak akan berlaku.
 
Namun apabila lafaz talak dinyatakan dengan niat bergurau seperti apabila seseorang suami berkata kepada isterinya:”Saya jatuhkan TALAK satu ke atas kamu” dalam keadaan si suami bergurau, maka TALAK tetap jatuh dan berlaku sekalipun si suami beniat hanya sekadar Satu Gurauan. Ini kerana TALAK merupakan satu perbuatan yang sangat bahaya dan tidak boleh untuk dipandang mudah.


Maka dalam persoalan saudara TALAK tersebut tidak akan berlaku (jatuh) jika benar saudara berpegang pada niat tadi, kerana Lafaz TALAK saudara tadi adalah Kinayah kerana bergantung pada masa ketika itu sahaja. Namun sekiranya saudara mempunyai niat untuk bercerai dan tidak terikat dengan masa dan tempat kereta itu berhenti maka dengan sendiri TALAK akan berlaku.

Wallahu 'Alam.

Nasihat:

Berhati-hatilah dalam perbuatan dan perkataan yang berunsur untuk menceraikan isteri kerana ianya sangat dibenci oleh Islam.

Tahan amarah, sesungguhnya Islam masih menyediakan medium untuk berbincang. Percayalah pada kuasa komunikasi.

Jadilah suami mithali kepada isteri dan bapa mithali kepada anak-anak kerana mereka adalah tanggungan kita, sudah pasti suri teladan baik kepada mereka datang daripada sikap orang yang memimpin mereka terlebih dahulu.