Reply – Re: NAZAR PUASA KERANA TAK TAHAN NAFSU
Your Name
Subject
Message
or Cancel
In Reply To
Re: NAZAR PUASA KERANA TAK TAHAN NAFSU
— by Rezza Khanafiah Rezza Khanafiah
Wa'alaikumussalam WBT.

Terima kasih kepada saudara/i sudi bertanya, saya kira sudah lama soalan ini ditinggalkan namun memandang ramai lagi yang berkepentingan dan saudara/i tidak memerlukan jawapan yang segara, maka saya mendahulukan siapa yang utama.

Nazar yang dibolehkan ialah sesuatu niat nazar yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan iaitu dalam hal kebajikan. Maka dalam konteks masalah teman saudara/i itu hukumnya adalah wajib dilaksanakan kerana mempunyai unsur mengelak dari kemurkaan dan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ini beradasarkan firman Allah Taala; bermaksud: "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya melata" al-Insan (76:7)

Hadith Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang bernazar untuk TAAT kepada Allah Taala maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya" (al-Hadith)

Puasanya wajib dilakukan seperti apa dia niatkan iaitu dua bulan berturut-turut (tolak masa datang haidh) kecualilah dia mengatakan puasa dua bulan tanpa menyatakan sekali-gus atau berturut-turut, maka boleh dilakukan secara ansur-ansur. Namun dalam hal ini, teman saudara/i tergolong di bawah nazar al-Lajaj iaitu Nazarnya itu masih boleh ditukar ganti dengan membayar kafarah sumpah kerana ianya dilihat kepada sesuatu perkara kemungkinan akan berlaku atau atau mungkin tidak berlaku pada masa akan datang yang mana tidak terikat pada masa.

Andai tidak mampu kerana di sana terhapat halangan tertentu, maka teman saudara/i boleh sahaja menukarkan nazar kepada membayar kafarah sumpah; iaitu memberi makan 10 orang miskin (jika tidak mampu), memerdekan seorang hamba (jika tidak mampu), berpuasa tiga hari berturut-turut.

Nabi s.a.w bersabda: "Kafarah nazar seperti kafarah sumpah" (hadith Riwayat Muslim)



Nasihat:

Usahlah kita sempitkan akal dalam hal-hal yang belum tertentu terjadi atau dengan siapa ditaqdirkan seperti perkahwinan walaupun teman saudara/i sudah mengatakan rasa cinta dan mahu hidup semati... banyak perkara yang perlu dinilai dan dilihat bukan hanya semata-mata ingin memiliki pasangan. Kalian masih muda kenapa ingin dibebani dengan soal rumahtangga, perjalanan masih jauh, kejar dahulu matlamat. Bukan bererti tidak boleh kahwin muda, tapi di sana perlu dilengkapi ilmu rumahtangga, kerana kahwin ialah tanggungjawab suami isteri pada kehidupan bersama atau berpasangan.

Saya cadangkan agar teman saudara/i mengamalkan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis, itupun sudah memadai untuk mengikis nafsunya daripada melakukan perkara di luar batasan. Penting di sini, kenal jadikan puasa sunat tersebut sebagai amalan sebati hinggalah dia mampu berdikari soal kehidupan yang matang.

ketahuilah; Nazar bukan sesuatu amalan yang digalakkan kerana Nabi Muhammad sendiri tidak pernah bernazar.

Wallahu 'alam