soleh dan solehah

classic Classic list List threaded Threaded
3 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

soleh dan solehah

zinnirah
boleh jelaskn tentang "wanita yg baik utk lelaki yg baik"
sbg cth, seorang wanita yg hidupnya penuh dosa n noda.pernah melakukan maksiat sehingga ke tahap zina.solat tidak sempurna.tp alhamdulillah ..slps itu, wanita tersebut bertaubat.menyesal dan terus meninggalkn maksiat.adakah die tidak layak utk lelaki yg tidak pernah berzina.dalam kate lain, lelaki yg soleh.adkh adil?adkh die berhak mendapat lelaki yg baik utk memimpinnya ke jalan benar.begitu juga dgn lelaki.lelaki yg pnh melakukan maksiat.akhirnya bertaubat.bertemu wanita solehah..adkh die layak..
saya ykin persoalan sebegini msh ramai yg tidak jelas.
Allah itu maha penyayang.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: soleh dan solehah

Rezza Khanafiah
Administrator
Biarpun Lelaki baik mahupun wanita baik di pandangan mata, bukannya penilaian  baik itu kerana sahaja dia dilahirkan dalam serba baik atau tidak pernah buat salah... tapi pada perwatakan dia yang baik dan senantiasa berada dalam keadaan serba baik dari melakukan kejahatan. Dilahirkan dalam suasana baik belum tentu dia seorang mampu menjadi baik, kerana dia juga manusia biasa. Tapi kebaikan di sini diukur selama mana dia mampu berperwatakan baik pada sifat. Orang tidak baik (watak), bisa jadi akan lebih baik andai dia tahu dan mengerti bahawa hidup perlu serba baik sebagai jaminan kehidupan baik selepasnya.

Isu baik di sini umpama air dan minyak, baiknya air tidak akan selamanya dikotori oleh jahatnya minyak. Untuk dapatkan baik, hendaklah dia terlebih dahulu baik.

Kebaikan di sini ialah pada perwatakan (sifat) walaupun selama hidupnya dianggap manusia jahat, tapi apabila dia mampu berubah kepada baiknya sifat.. maka kejahatan pada nama tadi tidak akan terkesan sama pada baiknya sifat yang ditonjolkan. Tapi baiknya itu perlu berterusan, hingga dia tawar untuk kembali kepada kejahatan.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: soleh dan solehah

Saya wanita biasa
In reply to this post by zinnirah
Salam ukhwah saudari zinnirah..

saya turut berminat dengan persoalan yang saudari telah kemukakan.

Saya yakin, seseorang yang telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Allah Subhaanahuwa ta'ala tidak akan mensia-siakan perngorbanan nya. Samada diberikan kurnia di dunia ini lagi ataupun di simpan untuk dianugerahkan di akhirat kelak.

Teruskan mujahadah diri, kenali perangkap-perangkap samar si iblis laknatullah. Jika kita berkenalan dengan lelaki baik sekali pun, melalui cara itu juga iblis boleh memasang perangkap nya. Perasaan cinta itu sungguh halus, iblis bisa saja menelusuri denyutan nadi kita sehingga hati sentiasa teringatkan lelaki baik tadi. Kita makin bersemangat untuk beribadah kerana hati sedang bahagia. Adakah semangat itu sama semasa sebelum dan selepas berkenalan dengan lelaki baik?? Jika luarbiasa perasaan semangatnya. Berhati-hatilah kerana tanpa kita sedari, nilai keikhlasan beribadah itu sudah dibeli dengan rasa cinta pada lelaki baik itu, bukan lagi 100% hati yang ingatkan Allah.

(Mungkin tips-tips untuk ubati hati ini ustaz Rezza boleh beri ulasan lanjut.)


Andai tidak ada yang ingin menerima, tidak megapa. Yang penting hati kita dipenuhi dengan Cinta Illahi dan Rasul-Nya. InsyaAllah. Mujahadah hati kita.