solat

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

solat

hamba Allah
ustaz, saya susah nak khusyuk dalam solat, kadang2 saya khusyuk kadang2 tak....fikiran saya tak fokus dalam solat... (fikirkan dunia) saya nak minta tolong ustaz selesaikan masalah ini.... adakah ini kerana hati saya kotor atau iman saya lemah?? tolong ustaz bagi tips untuk khusyuk dalam solat yang berkesan...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: solat

Rezza Khanafiah
Administrator
Alhamdulillah saudara/i dan kita semua masih dikurniakan minat untuk mengerjakan solat walaupun masih ramai manusia di luar sana masih mencari identiti sendiri sebagai seorang muslim.

Banyak hal yang kita boleh kaitkan apabila seseorang muslim gagal kosentrasi dengan baik ketika solat antaranya kita banyak didedahkan dengan pelbagai ragam hidup, rancangan di televisyen sudah cukup menggambarkan maksud saya. Maka secara tidak sengaja perkara-perkara yang melalaikan tadi sedikit sebanyak akan diputar semula bukan sahaja di dalam solat bahkan ketika kita bersendirian. Maka dalam soal ini hendaklah kita mengambil berat soal pandangan mata dan apa yang difikirkan, arahkan semua ini kepada sesuatu yang membawa pada kebaikan.

Sesuatu amalan yang dibuat di luar solat berbanding maksiat kepada Allah Taala sekurang-kurangnya akan mengurangi minda kita daripada memikirkan perkara-perkara tidak baik ketika solat yang membawa kelalaian.

Tidak khusyu' di sini tidak bermakna kita perlu berputus asa untuk terus menunaikan solat sebaik mungkin kerana sebaik-baik sahabat baginda s.a.w pun; Umar ibn al-Khatab pun ketika dicabar oleh Nabi s.a.w menunaikan solat dengan khusyu' hilang konsentrasi pada saat-saat akhir sebelum member salam.

Lalai di sini kita kena faham, kalau kita lalai hanya kerana mengingati sesuatu yang baik ianya dianggap baik dan boleh mencapai ketenangan hati daripada mengingati perkara yang sia-sia sahaja.

Wallahu 'alam.