solat subuh yang selalu terbabas

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

solat subuh yang selalu terbabas

hambasubuh
assalamualaikum ustaz,

saya mempunyai masalah untuk bangun mengerjakan solat subuh. liat sangat. untuk pengetahuan ustaz, saya merupakan seorang pekerja yang belajar secara sambilan. saya sangat2 risaukan keadaan diri saya yang tidak berdisiplin untuk bangun solat subuh. yang menjadi masalahnya, kadang2 saya terpaksa berjaga hingga larut malam untuk siapkan tugasan pensyarah sehingga kadang-kadang jam 3 pagi baru tidur. saya tahu Allah murka pada umatnya yang tak kerjakan solat sedangkan solat subuh cuma 2 rakaat, tetapi subuhlah yang paling berat buat saya. dah pelbagai cara saya usahakan seperti kunci jam, niat dalam hati sblm tidur, bca doa dan basuh kaki sebelum tidur insyallah semua dah saya cuba tapi saya masih tak mampu nak bangun. saya sangat berharap ustaz dapat bagi tunjuk ajar atau ada apa2 panduan supaya jadikan diri saya ni berdisiplin..kalau ada doa2 yang berguna juga saya amat menghargainya...terima kasih ya ustaz!
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: solat subuh yang selalu terbabas

Rezza Khanafiah
Administrator
Wa'alaikumussalam WBT.

Masalah bangun subuh atau apa sahaja yang memerlukan seseorang mujahadah (berusuha lebih daripada kebiasaan) ialah disiplin. Tiada siapa yang mengubah kita, dan cara kita melainkan kita sendiri. Sudah tentu disiplin tadi akan mengawal segala tindak-tanduk dan gera-geri kita menjadi seperti apa kita mahukan. Soal disiplin tidak datang dengan mudah, ianya perlu pada rangka dan matlamat ingin dicapai, maka barulah di sana ada usaha untuk menggerakkannya.

Ianya bermula daripada niat kita terlebih dahulu. Kalau saudara menghadapi masalah bangun awal pagi, solat subuh.. maka saudara lebih mengetahui apakah kondisi sepatutnya saudara lakukan, mungkin saudara boleh mengurangi waktu bekerja melibatkan kudrat tubuh badan, belajar sahaja memerlukan kudrat dalaman yang lebih apatah lagi yang memerlukan kekuatan fizikal berlebihan, maka saudara telah memaksa diri membuat sesuatu di luar lingkungan normal kekuatan tubuh badan.

Selain itu, saudara boleh juga amalkan mengambil wudhu' terlebih dahulu sebelum hadirnya niat, baca doa dan sebagainya.

Semua ini perlu dilihat pada sudut positif, jangan cepat putus asa.