solat istiharah dalam pemilihan jodoh..

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

solat istiharah dalam pemilihan jodoh..

rezsu
salam ustaz..
saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berkenaan soal pemilihan jodoh lebih2 lagi bagi seorang perempuan..
saya sedang berkawan dengan seseorang tetapi x seperti orang lain yang selalu keluar sama seperti tengok wanyang dan sebagainya..kami dekat tapi sgt jaoh..saya pernah beberapa kali membuat solat hajat dan solat istiharah tapi masih buntu sama ada ingin meneruskan atau pun tidak dengan si dia.saya takot untuk membuat pilihan..saya hanya ada dia seorang tapi dia xtahulah..selama beberapa kali saya solat di akhir doa,  saya minta jika bukan dia jodoh saya bawa dia jaoh dari pandangan saya tapi jika sebaliknya beri yang terbaik..tapi ustaz doa yang akhir tu mmg betul2 terjadi saya semakin jaoh dari dia..tapi di dalam hati saya, saya xkeruan..sangat2 sepi..selepas itu saya buat lagi solat tahjud, hajat dan macam2 lagi solat sunat termasuklah solat istiharah..pastu hati kembali tenang.masa saya berdoa kali ini saya mohon allah tunjukkan saya petunjuk melalui mimpi yang dia bukan milik saya tapi tidak ada langsung mimpi yang ditunjukkan sampai pada satu waktu saya belum lagi solat isyak tapi telah pun berniat akan solat malam bersekali dengan isyak pada malam itulah saya termimipi..saya berjalan dan berselisih dengannya tapi dia langsung xnampak saya tapi saya panggil dia dan dia menoleh pada saya dan saya telah berlari padanya dan hampir memeluknya tapi dia tolak saya, saya sempat berkata padanya 'saya rindu' tapi dia balas 'saya tengah sibuk' dan dia berlalu tapi dihadapanya ada seornag perempuan dan saya biarkan dia berlalu pergi dan dia pergi mengikut seseorang tapi dia sempat berjanji akan jumpa saya tapi akhirnya tidak dan saya tercampak di satu tempat yang penuh dengan drama(pelbagai orang dengan pelbagai cerita) dan saya dikelilingi dengan kain putih seperti tirai luas mata memandang dan di pnuhi dengan kain putih..pastu saya solat malam dan alhamdulilah skrg hati saya kembali tenang tp saya masih x tahu mengenai hubungan ini..adakah dengan cara ini saya perlu memutuskan hubungan dengan dia?adakah mimpi satu cara yang akan Allah tunjuk atau munkinkah dengan cara lain untuk kita tahu mana satu pilihan yang Allah minta kita buat?


Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: solat istiharah dalam pemilihan jodoh..

Saya wanita biasa
Assalamu'alaikum rezsu,

salam ukhuwah saudari, saya terpanggil untuk memberi pandangan apabila baca masalah saudari. Memang susah hidup kita ni apabila hati tidak berada dalam keadaan tenang. Kita yang perlu cari ketenangan tu, saya memuji usaha saudari yang telah memilih untuk lebih meletakkan harapan dan pertolongan hanya kepada Allah kerana memang Allah lah yang layak untuk menerima perhatian kita melebihi perhatian kita kepada manusia dan kebendaan yang lebih disukai oleh hawa nafsu kita.

Justeru, fahamilah kehendak hati itu, bukan kasih manusia yang 'ia' cari tapi kasih dari 'pemilih hati' itu. Fahamilah juga, kenapa Allah datangkan ujian sebegitu, Allah sebenarnya sedang mendidik hati kita kepada siapa perlu di luahkan cinta, kepada siapa kita meletakkan harapan. Bahagia itu kurniaan Allah, jadi kenapa kita menuntut bahagia tu daripada manusia yang sama lemah yang tiada daya seperti kita. Mintalah pada Allah, temui dulu cinta itu untuk Allah, cari jalan untuk lebih dekat dengan DIA, walau dengan apa cara sekalipun saudari lakukan semata-mata untuk merasakan dekat dengan Allah, percayalah sebenarnya Allah telah dulu lebih mendekat kepada saudari. Untuk sentiasa rasa lebih dekat ini, saudari hendaklah terlebih dahulu memutuskan apa saja halangan yang menjadi penyebab kepada terhijab hati untuk mendekat. Salah satunya ialah putuskan hubungan dengan lelaki yang bukan muhrim kita. Susah bukan? mula-mula memang susah, oleh itu hendaklah sentiasa memohon pertolongan Allah dan usaha sungguh-sungguh melawan kata hati yang mengajak kepada maksiat hati dan anggota kerana setiap bisikan yang lahir di hati kita selain daripada mengingati Allah adalah bisikan yang dilemparkan oleh syaitan. Cinta itu sebenarnya senjata syaitan untuk menjerat manusia macam kita ni kedalam lembah maksiat dan lebih berani untuk bermaksiat kepada Allah. Takutlah kepada siksa yang akan datang di hadapan dan belakang kita. Jauhi cinta, maka lebih dulu kena menjaga batas pergaulan dengan lelaki. Seruan ini lebih jelas saya kira.


Insya Allah, satu masa nanti saudari tak kan sedar pun betapa mudahnya hati saudari melupakan lelaki tersebut, seolah-olah seperti mimpi. Percayalah, apabila pertolongan Allah telah datang, kesulitan dan kesusahan kita sebelum ini akan lenyap seakan-akan kita hanya bermimpi semalam. Itulah pengalaman saya. Berkenaan petunjuk dari Allah melalui mimpi mahupun keyakinan, terimalah dengan hati yang tenang kerana keraguan dan tidak yakin yang timbul itu adalah bisikan dari syaitan. Syaitan kerja dia memang menimbulkan perasaan was-was, ya ke tak, perasaan tak yakin sedangkan petunjuk Allah sudah jelas. Rujuk balik kepada hukum Allah, cinta yang tidak benar akan mengundang celaka pada diri kita sendiri, kerana cinta yang Allah redha hanya apabila sudah sah bergelar pasangan suami-isteri. Sabarkan diri, jarakkan diri, bina benteng diri. Macam mana nak bina tu kena mintak pada Allah dan hidup bersama Allah.

Insya Allah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan saudari. ameen.

-wallahu 'alam, tiada daya upaya serta kekuatan melainkan dengan Allah-
Loading...