keliru dgn khdpn..

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

keliru dgn khdpn..

purple_slot
salam....ust bagaimana jka seseorg tu dh terlanjur dgn tmn lelakinya.....skg ni dia dh mula sedar bhwa couple tu byk burk dr kebaikan, couple tu harm dan mula sedar sgla perlakuannya adalah slh disisi islam.....tp dia takut untk minta putus dgn tman lelakiny kerana takut tdk ada org ingn menerima nya dimasa akan dtg sbgai isteri....tamn lelakinya ada berjnji untk menjdikn nya isteri tp dia mash ragu2 dgn janji tersebt......adakah dia patt meningglkn temn lelakinya @ tetp terus bercouple.???
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: keliru dgn khdpn..

Rezza Khanafiah
Administrator
Wa'alaikumussalam WBT.

Dalam Islam tiada istilah couple, ianya adalah propaganda Barat yang menyerang minda muda-mudi bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Islam tidak pernah fitrah suci manusia yang ingin bercinta dan dicintai, tapi ada saluran dan jalan yang telah digariskan. Kalau saya bertanya kepada saudari perihal ber-couple sebelum kahwin, apakah banyak kebaikan atau keburukan? Nah, saudari sendiri setuju apabila couple boleh membawa kepada bebenan jiwa, malah lebih dahsyat ianya membawa kemungkaran kepada Allah Taala. Nikmat kita rasai sekejap sahaja, sedangkan bebenannya semasa di dunia lagi tidak mampu dipikul, apatah lagi dosa kalian ditanggung di Akhirat pula.

Nasihat saya, jauhilah maksiat couple yang boleh menjejaskan tumpuan saudari sebagai hamba kepada Satu Tuhan. Tidak bererti saudari tinggalkan maksiat couple tiada siapa yang sudi menerima, kerana sudah pasti akan menilainya dari sudut matang dan positif. Maka bermula daripada perubahan pertama, dan seterusnya untuk menjadi baik dan solehah, usahlah dirisaukan taqdir-Nya masih bersama saudari, dan mereka yang sentiasa ingin menjadi baik dan baik dari semasa ke semasa.

Wallahu 'alam.