kahwin awal

classic Classic list List threaded Threaded
6 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

kahwin awal

insanbuntu
salam.. saya ingin bertanya pendapat saudara..

saya kini menuntut di sebuah universiti tempatan dan berumur 20 thun. sebelum ini saya mempunyai sejarah hitam bersama bekas kekasih saya. senang cerita, kami melakukan perkara terkutuk bila berpeluang. dan saya sangat bersyukur kerana masih dara dan sudah berpisah dengannya. dan skrg, saye berkawan dengan seseorang yang sebaya dgn saya n masing-masig mendapat tajaan belajar drpd kerajaan. dan alhamdulillah batas2 semuanya masih terjaga. kami berharap agar dapat bernikah dlm masa terdekat. utk pgtahuan saudara, die pun pernah mengalami penglaman yg sama macam saya. jadi kami tak sanggup lagi terjerumus ke dalam lembah itu dan fikir semasak-masaknye n mmbuat keputusan ingin bernikah(bukan berumah tannga)kerana ingin mendpt keredhaan Allah. kmi juga tlh melakukan istikharah supaya memastikan tindkn kami tidak terlalu terburu-buru.

tapi masalahnye, kami mendapat tentangan darpde keluarga & alasan mereka suruh habiskn belajar dahulu.mereka tidak tahu perihal kisah silam kami dan kami mengambil lgkah untk memberi surat kepada mereka ape sebenarnye niat kami;ingin menyelamatkn tbuh badan serta diri kami dari kancah maksiat. sebab bila kami face to face, belum sempat kami menyuarakan pendapat kami, dah kene 'fire' habis-habisan.

jadi ape yg harus kami lakukan + alsan terbaik untk kami berikan kepada keluarga kami?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: kahwin awal

Rezza Khanafiah
Administrator
wa'alaikumussalam wrh wbt.

Dalam Islam kita disarankan suapa menjadi orang berfikir dan matang menilai sesuatu semasak-masaknya. Tidakkah kita sentiasa berjumpa ayat di setiap penghujung kalam sebelum waqaf Allah Taala berfirman; la'allakum ta'qiluun, in kuntum ta'lamun, tafakkarun... semuanya menerjah akal kita supaya memunggah maklumat yang diakses oleh pancaindera dengan berhati-hati.

Saya tidak menolak secara total niat setiap muda-mudi yang mahu melangsungkan perkahwinan di usia muda, bahkan amat dituntut dalam islam, tapi apa yang dipertikaikan kahwin 'terburu-buru'. Kahwin muda', dan 'terburu-buru' dua maksud yang berbeza-beza. Apabila kahwin terburu-buru kita bukan sahaja kahwin dengan si dia tapi perangai dan sifat syaitan yang suka tergopoh-gopoh, dan menggopohkan orang lain tanpa panjang akal, apatah lagi dalam hal seserius ini. Apabila terburu-buru, maka hilanglah pertimbangan lain yang sepatutnya menjadi keperluan pertama di antara utama dalam kotak diari perkahwinan kita, bukan sahaja fikir soal mak andam, sewa konopi, mahar hantaran, kad jemputan malah meliputi soal tanggungjawab dan kesedian untuk berkahwin.

Bagi saya, sekirannya saudari merasakan segala persiapan dilakukan baik material (kos dan bajet perkahwinan baik sebelum dan selepas kahwin) mahupun spritual (ilmu-ilmu rumahtangga)... maka lakukan secara syar'i (mengikut lunas-lunas islam). Pohonlah terlebih dahulu restu ibu bapa, namun jika mereka berkeras kalian masih ada keupayaan kuasa komunikasi untuk meyakinkan mereka... beritahulah secara baik-baik akan kesedian kalian yang benar-benar ingin memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Saya yakin apabila kalian baik pasangan mahupun ibu bapa apabila duduk semeja, pasti ada jalan penyelesaian yang ampuh. Dan sudah pasti kalian bersetuju antara satu sama lain. Mudah-mudahan saudari dan pasangan membuat pertimbangan sewajarnya kerana untuk menghindari maksiat bukannya perkahwinan jalan terakhir, kerana kalian masih dikurniakan satu lagi keistimewaan, iaitu akal untuk mencerahkan jalan keluar.

Pasti redha-Nya kita dambakan dalam setiap tindakan.

wallahu 'alam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

...

insanbuntu
terima kasih atas nasihat saudara.. insyaAllah kami akan cube fikirkan mana yg kami patut lakukan.. boleh saya mintak pendapat saudara ttg surat dibawah ?


http://www.facebook.com/home.php?sk=lf#!/note.php?note_id=10150199978775354&id=100000370424656&ref=nf
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: ...

Rezza Khanafiah
Administrator
Tiada sebarang komen kerana penjelasan saya sudah jelas... di sana terdapat jawapan pada setiap rungkaian masalah saudari mahupun dilema lelaki di dalam 'surat' tersebut. Bagi insan bergelar lelaki kemungkinan tidak timbul masalah membuat sedemikian, tapi perempuan, dia masih ada bapa, masih ada ibu yang menjadi perunding paling ideal di sisinya. Gunalah ilmu sebagai daya peransang, jangan jemu untuk berbincang.

Kalian sudah besar panjang, tahu mana perlu dan mahu.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: ...

Kid19
salamun 'alaik...
sekadar pendapat ana....bagi ana..surat ini make sense...
memang kebanyakan anak2 muda kecenderungan kearah itu...
namun,ada 1 perkara yang ana kurang setuju....
dalam surat tersebut mengatakan bahawa ajib ingin menangguhkan nafkah batin kerana Rasulullah melakukan sedemikian terhadap Aisyah...
ya Allah...it doesn't make sense...Rasulullah nikahi Aisyah masa Aisyah 9 tahun...xkan nak bersama kot....
kita boleh juga fikir sendiri....Rasulullah tangguhkan nafkah batin sebab apa...ada perbincangan bout tu...
rasanya boleh cari sendiri....itu sahaja....
dalam perbincangan agama...banyak perkara yang perlu diteliti...walaupun dapat jawapan,masih perlu lagi untuk terus meneliti dan membuat penyelidikan...sebab masih ad abanyak pendapat2 lain..
kita pilih yang bersesuaian...itu sahaja..ini hanya pendapat ana yang masih lagi dalam perjalanan menuntut ilmu...
mohon kemaafan andai tersalah...
barakAllahu fik...
salamun 'alaikum.... ^_^
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: kahwin awal

sara
In reply to this post by insanbuntu
salaam...
sy muslimah ipta, umur 21 tahun... sy berhajat untuk bernikah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah maksiat.. sedangkan pegang tangan n bermesra itu adalah maksiat...hidup saya agak sosial tetapi hanya dengan teman lelaki sahaja(1st love), secara ringkasnye, sy rasa berdosa sangat. saya dah bertaubat. kebetulan teman lelaki saya tinggal jauh dari saya.
jadi saya ambil keputusan untuk bernikah. sy ada baca soal nikah khitbah, apa perbezaan nikah khitbah dengan biasa? adakah perkara ini dilafazkan masa akad nikah bagi menunjukkan perbezaan.
sy juga mempunyai masalah keluarga yang mana ayah sy jarang ambil berat soal kewangan sy.
teman lelaki sy lah yang selalu sara sy. sy fikir jalan terbaik lebih baik sy jadi isterinya. sedangkan sama saja sy kawin atau tidak, teman lelaki yg sara diri sy. teman lelaki sama umur dan bekerja tetapi tidak tetap, belum punya rumah atau kereta.
parent teman lelaki sy ada nyatakan hasrat utk masuk minang selepas raya tahun nie, tapi sy khuatir ayah sy xdapat terima. mungkin alasan majlis akad nikah terlalu simple coz xde kenduri kawin. sy takut famili ayah sy akan memberi pandangan negatif terhadap niat sy sb famili ayah sy memg tidak suka famili sy.

1.bolehkah saudara/saudari bagi pandangan
2. sy nak tahu hukum akad nikah n walimah mengikut islam (sy masih belajar n perlu jimat)

perkara2 ini penting bagi sy jelaskan pada parent sy.
Loading...