hukum mengucap selamat hari natal

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

hukum mengucap selamat hari natal

aqmar
assalamualaikum ustaz..

apakah hukum kita mengucap "selamat hari natal" kepada sahabat bukan beragama Islam dan juga perayaan2 kaum lain?

ada pendapat mengatakan boleh selagi tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib.ada pendapat mengharamkan terus pengucapan ini.

mohon diperjelaskan dengan lebih lanjut..

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: hukum mengucap selamat hari natal

Rezza Khanafiah
Administrator
Wa'alaikumussalam WBT saudari Aqmar,

Sebenarnya dalam soal ini para ulama' sudah lama berbahas dengan melihat pelbagai sudut dan aspek penilaian. Sudah tentu penilaian tersebut berdasarkan ilmu Fiqh, iaitu Fiqh Mu'asoroh (Fiqh Terkini) melalui kefakehan seseorang dalam ilmu Usul Fiqh. Ianya juga bergantung pada dzuruf makan (tempat) dan dzuruf zaman (masa).

Saya lebih cenderung mengambil pandangan terkini menurut Al Imam Prof Dr Yussof Qardhawi. Beliau berijtihad bahawa hukum mengucapkan Selamat atau Salam kepada sesuatu kaum setiap kali tiba perayaan mereka, adalah HARUS (dibolehkan).


Allah Taala berfirman;

Bermaksud: "Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu" An-Nisaa' (4:86)

Beliau melihat beberapa faktor antaranya;

1) Kerana untuk menjaga hati mereka kerana mungkin bekas ahli keluarga, atau kaum kerabat, sahabat yang mana hanya untuk meraikan mereka.

2) Selagi mana kita tidak membenarkan agama mereka, aqidah mereka, dan pembawakan mereka. Dan juga kita tidak menyebarkan ke dalam negara Islam.

3) Selagi mana mereka (kaum kafir tadi) tidak memerangi (atau sebarang provokasi) kita ketika mereka berada di dalam negara Islam, atau selagi mereka meraikan kita ketika berada di negara minoriti Islam.


Wallahu 'alam
Loading...