apakah perlu saya lakukan ?(harta ibubapa)

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

apakah perlu saya lakukan ?(harta ibubapa)

 zahar karim
 assalamualaikum,  
Ibubapa saya telah bercerai dimana kini mereka membawa haluan masing masing dimana kedua duanya membina rumah tangga lain, persoalannya sewaktu mereka  iaitu ibubapa kandung saya bersama, ayah saya telah membeli sebuah rumah secara loan mana kala ibu saya surirumah sepenuh masa.....baru baru ini terjadi dimana  rumah itu hendak dijual balik, persoalannya kini ibu saya tidak mahu  menyetujui untuk jual rumah itu kerana atas alasan yang munasabah dimana dia berharap rumah itu dijadikan tempat anak anaknya(termasuk saya) berkumpul.....
   Pada satu ketika, seorang makcik saya  iaitu adik kepada ayah saya hendak memberi sedikit tanah kepada kakak sulung saya(yang kini mempunyai keluarga sendiri),dimana ahli keluarga bapa saya itu  telah memujuk bapa saya agar menjual rumah itu dan membina rumah diatas tanah yang diberi itu sedangkan pada masa itu rumah itu tak boleh dijual kerana atas nama bersama antara ibu dan ayah saya.
  Waktu perbincangan itu saya yang memang  bermasalah dengan suami kakak saya telah bersuara  dimana apakah hak kami sebagai anak yang lain dimana anak anak bapa saya mengikut urutan  “along-kakak saya iaitu anak sulung” -saya (anak lelaki kedua), diikuti  adik adik saya  yang lain  seramai lima orang (2 perempuan dan 3 lelaki).dimana sewaktu itu juga  adik  adik saya bersetuju dengan tindakan saya mempersoalkan hak kami dimana saya dan adik adik saya yang dewasa itu tidak setuju jika rumah itu dijual, dan jika dijual apakah bahagian  kami sedangkan kami(selain kakak saya) mahu rumah itu dikekalkan agar ianya dijadikan rumah untuk kami adik beradik berkumpul setelah ibubapa saya meninggal dunia.
Memang  benar melalui kata kata pihak adik bapa saya yang pro kakak saya memberi alasan agar rumah yang akan dibina itu akan dibuat rumah baru untuk  kami berkumpul kelak,sedangkan tanah yang akan dibuat rumah itu atas nama kakak saya dimana secara  automatiknya suami kakak saya adalah waris terkanan sekali Cuma rumah  yang akan dibina itu hasil harta  pembelian bersama ibu dan bapa saya (sedang kan kami adik beradik tidak suka kepada abang ipar kami yang dilihat tamak sehinggakan kami  iaitu adik adik kakak saya termasuk saya membawa diri ekoran sikap abang ipar saya dan kakak saya yang tidak baik).
Sehingga kini rumah yang dibeli bapa saya dimana harta bersama ibu bapa saya itu tidak dijual .
Baru baru ini ibu saya telah memberi tahu saya dia mahu menjualkan rumah itu dengan  syarat hasil rumah itu dibahagi sama rata mengikut hukum agama .
 Apa yang saya lihat dan ketahui bapa saya yang kini sudah ada rumahtangga baru,yang berpendapatan sekitar rm2000 lebih dimana belum dicampur pencen kerjanya sebelum ini,tidak pernah memberi nafkah kepada dua  adik beradik saya yang dibawah umur dan ditanggung bapa tiri saya dalam masa yang sama kami adik beradik yang dewasa dan tidak mempunyai kerja tetap membantu bapa tiri saya dan ibu kandung saya.
Apa yang terpenting sekarang apakah hak kami sebagai anak anak kami ke atas  rumah yang bapa saya beli bersama ibu saya?apakah proses yang perlu kami lalui  secara hukum islam agar hak kami diberikan berdasarkan hukum islam?
Loading...