Sumbang mahram dan benci ibu bapa

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Sumbang mahram dan benci ibu bapa

Anak Remaja
Saya telah mendengar satu CD ceramah Ustaz Kazim yang bertajuk CINTA KEPADA ALLAH.
Di situ ustaz ada menceritakan seorang perempuan murtad yang datang berjumpa ustaz. Perempuan tersebut dirogol sejak umur 9 tahun oleh abangnya. Selama 5 tahun dia dirogol. Dia bertanya mana Allah.

Saya terkejut kerana kisah perempuan tersebut exactly sama dengan saya. Cuma saya semenjak tinggal di asrama ketika form2 mula mengenal Allah. Allah telah menganugerahkan saya guru-guru yang hebat dan berjasa mendidik anak-anak remaja menggantikan ibu bapa yang tak guna. Namun saya tidak pernah membuka cerita tersebut kepada guru-guru kerana saya tak sanggup nak aibkan nama ibu bapa saya dan saya takut guru-guru saya terkejut. Maka saya sentiasa cuba tunjuk perwatakan ceria dan sentiasa menjadi pelajar yang terbaik dari segi akademik disekolah tersebut agar guru-guru tidak mengesyaki apa-apa. Sehinggalah PMR saya mendapat 9A dan berpindah ke sebuah sekolah elite yang pada masa itu merupakan sekolah terbaik di Malaysia. Alhamdulillah semasa form 3, Allah telah memberi hidayahNya pada saya dan saya merasa kemanisan iman dan dekat dengan Allah atas faktor persekitaran sekolah tersebut dan didikan guru-guru. Saya telah redha dengan penderitaan saya selama ini.

Namun, masih ada perasaan benci kepada ibu bapa dalam hati ini. Setiap kali saya melayan ibu bapa saya dengan baik, ada rasa sakit pada emosi saya. Ibu bapa saya tidak pernah mengakui apa yang terjadi dalam keluarga kami. Malah ibu saya membela abang saya dan mengatakan saya menipu padahal beliau melihat sendiri dengan mata kepala beliau apa yang terjadi. Namun saya telah meredhakan takdir saya. Saya tiada perasaan kasih sayang pada ibu bapa saya. Setiap kali saya dengar ceramah tentang ibu bapa, saya menangis kerana segala yg dikatakan penceramah tentang ibu bapa tidak benar dalam konteks kehidupan saya sedangkan kawan2 saya menangis kerana mereka sayangkan ibu bapa mereka. Saya melayan ibu bapa saya dengan baik semata-mata kerana Allah. Kalau bukan kerana Allah, dah lama saya buang ibu bapa saya. Saya tak boleh nak sayang pada mereka. Tak apa ke saya tak sayang pada ibu bapa? Adakah kita umat islam dituntut untuk melayan ibu bapa atas dasar kasih sayang? Tidak apa ke kalau saya layan ibu bapa saya dengan baik semata-mata atas dasar perintah Allah?

Jiwa saya juga lemah apabila saya terlalu sibuk dengan urusan kehidupan kerana saya hanya meneruskan hidup semata-mata kerana Allah. Bukan kerana ibu bapa atau keluarga. Saya tiada 'keluarga'.  Bagaimanakah
untuk sentiasa menjaga hubungan dengan Allah? Kadang-kadang hubungan dengan Allah tak terjaga.
Dunia rasa macam tak bawa makna apa-apa, kosong, empty walaupun segala nikmat melimpah-ruah pada saya saat rasa diri jauh dari Allah. Macam mana nak sentiasa rasa dekat dengan Allah?
Loading...