Musykil

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Musykil

along
Ustaz, Saya ada seorang kawan yang mengaku dirinya menagaji tasawuf dan telah mencapai peringkat tertinggi. Apa yang memusykilkan saya adalah saya tidak pernah nampak beliau dan ahli keluarganya sembahyang jumaat apatah lagi lima waktu. Jika ada yang menegur, beliau akan bercerita tentang seorang tua yang tidur di masjid ketika Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat hendak menunaikan solat. Seorang sahabat menegur kerana orang itu tidak bersembahyang bersama. Nabi berkata bahawa orang tua tersebut telahpun solat..jadi apa hukumnya jika dia berkata yang dia tidak perlu solat seperti masyarakat...Bercakap tentang agama beliau memang terror tapi tidak ada satu pun yang ada pada diri beliau... Lagi satu ustaz, Adakah orang yang merokok tidak diterima solat dan doanya? Sekian, Terima kasih.
Loading...