Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

classic Classic list List threaded Threaded
79 messages Options
1234
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Islam
Salam uztaz, saya harap soalan saya akan dapat dijawab.

Baru baru ini saya menjadi imam ketika solat maghrib di sebuah shopping centre. Saya baca surah an-naas pada rakaat pertama selepas surah alfatiha dan surah al-ihklas selepas surah alfatiha pada rakaat kedua.

Selepas selesai solat, saya ditegur dengan baik oleh daripada salah satu makmum yang mengikuti solat jemaah yang saya sepatutnye membaca surah al-ihklas pada rakaat pertama dan surah an-naas pada rakaat kedua mengikut peraturan sedemikian.

Ada kah benar? Solat fardhu ada peraturan surah mana yang harus kita baca? Dan yang mana harus didahulukan? Dan jikalau betul, sah ke solat kita jika tidak mengikuti peraturan?  Harap dapat penjelasan.
Terima Kasih. Wassalam
ros
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

ros
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikum..
sy nak tanya,sya merupakan penjual beg.
beg yg sy jual tue klon je dr yg ori,,kirenye mcm tiruan.
sy pon xbpe pasti samaada design die sme ke x?
tp sesetengah beg ada je yg ada logo.cnth gucci.MK.
bole ke sy jual?
sbb sy ada tanya pendapat ustz2 len.
diorng kte bole sbb jenama2 bkn dr org islam.
tp ada yg kte xbole...
bole x terangkan,apa pndapat ustaz?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

zara
In reply to this post by Zawani
Suami panas baran...tiba2 naik angin kerana perkara kecil...dia marah..sambil berkata" putus baiklah...awak bodoh...putus..putus..baru padan muka...
Saya amat keliru...adakah saya masih isterinya.....saya dh tidur asing takut dh jatuh talak..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Insan Musykil..
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum ustaz,

saya ada bernazar jika Allah perkenankan permintaan saya maka saya niat akan berpuasa selama seminggu pada tahun ini. Alhadulillah setelah Allah perkenankan permintaan saya kini saya tunaikan seperti yang saya janjikan.

persoalannya, bolehkan saya berpuasa secara asing dimana saya puasa minggu ini satu hari,minggu depan satu hari sehingga cukup seminggu....atau saya perlu berpuasa seminggu terus...dlm niat saya pun tak nyatakan saya akan berpuasa seminggu berturut2 tetapi akan berpuasa selama seminggu pada tahun ini sahaja.

Semoga Allah permudahkan urusan saya.

terima kasih.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Persoalan berkaitan darah haid dan darah istihadah

Nurul Farhana
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualikum Ustaz,

Saya ingin bertanyakan pada ustaz bagi pihak ibu saya kemusykilan tentang darah haid dengan darah istihadah. Untuk makluman Ustaz, ibu saya telah berusia 54 tahun. Ibu saya sudah 7 bulan tidak didatangi haid, namun baru-baru ini ibu saya didatangi darah seperti darah haid.

Sepertimana yang kita tahu, wanita yang didatangi haid dilarang untuk mengerjakan solat fardhu dan seanggkatan dengannya. Namun sebaliknya bagi wanita yang didatangi darah istihadah.

Persoalanya disini Ustaz, adakah darah yang didatangi oleh ibu saya setelah 7 bulan tiada itu digelar darah haid mahupun darah istihadah?

Saya mengharap Ustaz dapat membantu saya dan ibu saya dalam merungkai kemusykilan ini. Terima kasih.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Zaharah
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada beberapa persoalan. Bolehkan saya mengerjakan solat tanpa mandi wajib dahulu kerana ketiadaan air? Sahkah solat saya itu?

Satu lagi soalan, bagaimana mahu mengetahui solat yang perlu kita qada' semasa haid kering? Kerana kebiasaan haid saya kering pada petang dan saya mandi wajib pada malam hari yang sama. Perlu kah saya qada' solat asar pada hari itu?

Wallahu Alam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Muhammad Adam Danial
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Salam ustaz. Saya mahu mendapatkan kepastian berkenaan dengan satu kemusykilan. Seperti yang telah semua kita as Muslim tahu, onani atau juga dikenali sebagai masturbation adalah haram dalam islam. Jadi saya mahu tanya. Adakah haram bagi seorang lelaki melakukan onani atau masturbation hanya untuk meredakan ketegangan kemaluannya dan ketegangan itu terjadi dengan sendiri tanpa disengajakan. Dan onani atau masturbation itu bukan untuk  menaikkan nafsu, hanya untuk meredakan . Harap ustaz dapat menjawab kemusykilan ini. Terima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

aini
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikum....ustaz...
kenapa bacaan bismillah tidak ada pada surah at-tubah?
sya
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

sya
In reply to this post by Rezza Khanafiah
salam.
ustaz sy ada sedikit pertanya disini saya berharap agar ustaz dapt membantu saya.
1)salah kah sy mmbritahu kpda maksdre kwn sy yg kwn sy buat balik lelaki bkn muhrim ke rumh?
2)bila kwan suruh sy keluar dari rumh krana dye mmbnci sy, sedgkn sy juga membayr sewa?
3)salahkkah sy rapat bersama mak sedara kwan sy? dan disebabkn itu adakah sy pemusnah hubungn keluarga mereka?
apa yg sy patut lakukan.. sy tidk mahu hbgn sesama islam terputus dn hbgan keluarga juga terputus.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Abiden
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum Ustaz..... Bolehkah duit zakat di gunakan untuk pebelanjaan guru/ustaz untuk mengajar mualaf tentang agama lebih2 lagi membaca Al Quran. Kami tinggal tempat yg terpencil dan tidak mempunyai guru yg sesuai untuk mendidik muallaf dan masyarakat umum.?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

nur nazira
In reply to this post by Zawani
assalamualaikum ustaz, sy ada mslah rumahtangga.. Begini, suami sy menghidap penyakitT misteri yg tak dpt dirungkai oleh doktor. Tiap2 bulan, suami sy akan jd x sedarkn diri dgn tiba2..dlm sebulan sakit dia akn dtng selama seminggu. Dan sy telah berkahwin dgnnya selama 6thn. Masaalah sy sekarang..tiap kali dia sakit, hati sy sering berkata ingin bercerai krn tidak tahan menanggung seksa dr penyakit dia. Malahan keluarga dia tidak menyukai sy. Mereka berkata..sengaja tidak menceritakan tntang penyakit suami sy sebelum kami berkahwin krn mahu melepaskan tanggung jwb menjaga anaknya yg sakit ini. Sy sgt tertekan. Bila terjadi sesuatu..sy dimarahi..apakah salah kalau sy meninggalkan suami sy?G
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Leeza
In reply to this post by Zawani
Assalamualaikum.. Berkenaan salam,askum,a'kum,semekom..apa hukum jika kita menjawab balas salam itu..sedangkan maksud asal sudah laen
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

sazali sahar
In reply to this post by Rezza Khanafiah
As salam Uztaz, solat 5 waktu adalah wajib bagi orang muslim.Saya nak tanya adakah solat berjemaah 5 waktu di masjid atau surau hukumnya wajib?kerana kawan saya beritahu tidak wajib..musykil.Harap dapat pencerahan..terima kasih.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

rose
In reply to this post by Rezza Khanafiah
ASSALAMUALAIKUM...

Ustaz saya nak tanya, dulu masa saya bekerja di syarikat yg lama, sy ada pinjam duit,tpi tiada seorg pun yg tahu, sbb sy yang jaga akaun..Memang saya niat pinjam sbb bila ada duit  sy memang nak ganti balik,tpi sy dah lama berhenti di syarikat tersebut,sekrg sy nak ganti balik,tpi sy tak nak bagi dekat sykt,takut nnti sy di tuduh mencuri. Boleh tak saya bayar balik dgn niat nak byr hutang tpi sy derma kat tabung surau yang saya rasa perlu...

TKasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

adick sam
In reply to this post by Rezza Khanafiah
as salam ustz
benarkah apa saja kebaikan.yg d lakukn oleh seorang isteri...suaminya juga mendapat pahala kebaikan isterinya...mohon pencerahan
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Edayu
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum ustz...sya sering melakukan solat2 sunat sblm dan slepas solat fardu.. Boleh d katakn saya mlakuknnya setiap hri dan setiap waktu..masalahnya saya sering tidak yakin dgn amalan solat sya samada sya mlakukannya dgn aturan yg betul...adakah boleh sya mlakukn solat sunat bakdiah tnpa mlakukan qabliah pd solat zohor n isyak.. Atau mlakukan qabliah tnpa bakdiah...Blh kah sy hnya menyebut solat sunat shj DLM niat tnpa mnyebut qabliah atau bakdiah??? Yg manakah lbih utama mlakukn solat sunat atau qada' solat yg tlh d tinggalkn swaktu zaman jahil sya...yg mana satu lbih penting Trima kasih d atas tnjuk ajar ustz...wassallam
Riz
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Riz
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya jika seorang isteri adalah pesakit mental, harus-kah dia menunaikan solat walau keadaan-nya seperti seorang normal?

Kedua, seorang isteri yang tidak mahu mendengar nasihat suami tentang agama dan diberitau yg dia tahu tentang hukum-hakam agama?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Makanan HARAM
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikun ustaz, baru baru ini saya telah membeli satu mee segera di sebuah korean mart di ampang. tapi malangnya, semasa membeli saya tidak check ingredients, grab barang dan terus bayar sahaja. duit yang gunakan untuk membeli makanan tersebut adalah milik ayah saya kerana dia telah bagi sedikit wang untuk membeli mee segera tersebut. setibanya saya di rumah, saya baru perasan ia tiada tanda halal & pada bahagian ingredients terdapat beberapa perkataan yang dikotakkan dengan kotak merah dalam bahasa korea. lantas saya ke google translate dan translate 'pork' ke bahasa korea dan bait perkataan tersebut sama dengan apa yang tertera dalam kotak merah pada packaging mee segera tersebut. tapi saya rasa serba salah untuk membuang kerana ayah telah penat penat bawak saya jauh ke ampang dan memberi wang untuk membeli mee segera ini dan saya punya kawan kawan/jiran moral semua tidak mahu mee i i kerana ianya pedas dan adik saya jugak kata takpe kalau terpaksa. jadi kami makan sahaja. soalan saya adakah kami berdosa kerana niat kami hanya kerana tidak ingin membazir? dan adakah mangkuk/sudu&garfu yang kami gunakan untuk makan mee tersebut telah menjadi haram juga? dan sekiranya kami basuh perkakas tadi menggunakan sponge dan sponge itu kemudiannya digunakan untuk membasuh perkakas lain adakah perkakas lain itu tercemar juga kesuciaannya? dan sekiranya salah seorang daripada anggota keluar kami makan mee tersebut dan tidak tahu isi kandungan mee tersebut sedangkan kami tahu adakah dia berdosa dan kami berdosa juga? dan apakah langkah langkah yang perlu saya ambil? terima kasih ustaz.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Linda Bakar
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalam ustaz, adakah lendir berwarna darah pudar yg keluar ketika buang air kecil dikira darah haid?
1234