Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

classic Classic list List threaded Threaded
79 messages Options
1234
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Rezza Khanafiah
Administrator
Ruangan Diskusi ini, saya sediakan buat para pembaca laman puteraazhari bertanyakan pelbagai masalah agama yang meliputi soal IBADAT, JINAYAT, MUAMALAT, DAN MUNAKAHAT. Sebarang pertanyaan kalian akan dijawab terus di sini.

Mudah-mudahan persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran kalian, saya bisa berkongsi sesuatu secara ilmiah bagi merungkai masalah tersebut.

Silakan...

Perhatian: Kalian hanya dikehendaki KLIK pada REPLY untuk mengemukakan masalah agama masing-masing.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Zawani
Assalamualaikum ustaz,

Kwn sy nak mendirikan masjid pd 5nov bersamaan 28 zulkaedah..dia dah berbincang dgn keluarga mengenai tarikh tersebut. Akn tetapi baru3 ni grandparents nye membantah, katanya tidak elok kahwin sblum wukuf di arafah. Betul ke ustaz?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Rezza Khanafiah
Administrator
Wa'alaikumussalam wrh wbt..

Masalah terbesar masyarakat kita era ini ialah masih terbelenggu dan berpegang pada satu-satu kepercayaan ADAT mengatasi IBADAT, seperti juga soal MAHAR yang pernah saya bincangkan sebelum ini. Dalam Islam nikah kahwin tidak mengira masa dan ketika kecuali mereka yang sedang mengerjakan HAJI, maka ianya diharamkan melanggar perkara yang membatalkan ibadat haji sebelum TAHALUL pertama.

Justeru, bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan ini patut dialu-alukan. Tiada masalah untuk melangsungkan perkahwinan pada tanggal berkenaan. Soal kahwin adalah soal bersama, maka berbincanglah elok-elok antara kedua-dua belah pihak keluarga. Paling penting saling meredhai antara satu sama lain.

Barakallahu lahum wa-Jama' Bainahum Fil al-Khair.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

ukhtinita
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikum w.b.t ustaz..

ana ada satu persoalan..terlebih dahulu ana ingin cerita sedikit..
ana akan pulang ke kampung halaman ana apabila tibanya cuti..
seperti kebiasaannya, ana akan mengikut ibu ana ke surau di kampung kami untuk ikut solat berjemaah..ini kerana sewaktu di universiti juga ana sudah biasa ke masjid/surau untuk solat jemaah..
keadaan surau di kampung ana biasa2 sahaja memandangkan majoriti muslimat+muslimin daripada golongan mak cik2, pak cik2..hal ini sudah menjadi kebiasaan pada zaman kini..
yang menjadi masalahnya, apabila mak cik2 tidak suka merapatkan saf kerana ingin sujud di sejadah masing2..tambahan pula saiz sejadah yang agak besar=( ana amat sedih melihat keadaan ini dan ana sedikit ragu..adakah sah jika dalam solat jemaah tidak merapatkan saf( bahu bersentuhan) kerana sejak ana di bangku sekolah lagi ana diajarkan agar rapatkan saf kerana syaitan akan masuk..jadi bagi mengatasi masalah ini ana mula membawa sejadah yang agak kecil demi membolehkan ana rapat sedikit dengan mak cik2..ana selalu duduk dekat ibu ana dan merapatkan bahu ana dengan bahu ibu sewaktu solat dan dia mengerti kerana ana pernah memberitahunya..ana juga cuba rapatkan saf dengan mak cik2 di sebelah ana..

namun, ana sukar untuk menasihati mak cik2 lain kerana ana masih muda, susah nak tegur orang yang lebih tua dr kita..bagaimana ya, ustaz? apakah hukumnya jika xrapatkan saf?

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Rezza Khanafiah
Administrator
This post was updated on .
wa'alaikumussalam wrh wbt.

Terima kasih kepada ukhtinita yang sudi bertanya.

Saya anggap ianya masalah picisan yang timbul di dalam masyarakat kita. Boleh saya katakan golongan ini, masih terbawa-bawa idealogi (cara berfikir) sejak dahulu lagi, mungkin sudah terbiasa melakukan sebab tiada orang yang sudi menegur, maka ianya sudah menjadi kebiasaan. Pendek kata membuat sesuatu tanpa ILMU.

Jujurnya, solat para jamaah masih lagi SAH asalkan tidak meninggalkan rukun solat, dan syarat sah solat, kerana merapatkan soff itu ialah sebahagian daripada kesempurnaan solat. Ibarat sebuah rumah tanpa tandas, walaupun dari sudut fizikal rumah berkenaan boleh didiami, tapi ianya belum sempurna disebabkan tuan rumah tidak peka maslahat 'perut'. Begitu juga solat itu tadi, masih lagi sah tapi belum sempurna. Apabila belum sempurna, maka kita tidak layak memperolehi pahala penuh.

Dalam hal ini, orang  berilmu seperti ukhtinita yang patut memberitahu, bukan menegur. Ingat.. kita hanya memberitahu (menyampai) atas kondisi kita lebih tahu daripada mereka, bukan menegur disebabkan kita lebih tua daripada mereka.

wallahu 'alam.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Zahra Qalesya
Assalamualaikum Ustaz...
     Saya teringin untuk mewarnakan rambut tetapi tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sekadar untuk diri sendiri kerana saya seorang yang bertudung. Adakah menginaikan rambut bagi rambut yang tidak beruban haram kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T? Apakah hukumnya mewarnakan rambut? Bagaimana pula dengan kawan saya menggunakan teknik bleach untuk melunturkan warna rambutnya,kemudian menginaikan rambutnya.Apakah hukumnya ustaz?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

Rezza Khanafiah
Administrator
Wa'alaikumussalam wrh wbt.

Terima kasih kepada Zahra Qalesya kerana sudi bertanya.

Dalam persoalan ini para ulama' berselisih pendapat dalam hukum mewarnakan rambut dengan melihat pelbagai aspek antaranya tujuan mewarna, jenis warna, dan siapa dibolehkan mewarna. Namun, menurut jumhur (kebanyakan ulama') mengharuskan seseorang mewarnakan rambut tetapi perlu melihat beberapa aspek yang dinyatakan di atas.

Kebenaran yang dibenarkan tanpa ada khilaf ialah sekiranya seseorang yang mewarnakan rambut dengan niat dan tujuan untuk memulihkan penyakit, kerana pada fikirannya dan pakar perubatan jika tidak berbuat sedemikian akan mengakibatkan penyakit makin mudharat atau boleh membawa mati... maka harus kepadanya melakukan hal sedemikian kerana di sini nyawa menjadi keutamaan.

Harus baginya juga bagi tujuan jihad, berperang di medan pertempuran dengan musuh Allah, di mana tujuannya adalah untuk menakutkan musuh Allah Taala. Ini bersandarkan kepada Hadith Nabi s.a.w;

Sabda Nabi s.a.w : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Hadith Riwayat Muslim)

Harus juga bagi seseorang yang ingin mewarna rambut dengan tujuan (niat) menutup keaiban yang ada seperti menutupi uban di kepala di mana usianya masih dianggap muda, atau warna hitam asli di rambut tidak sekata dan nampak hodoh, atau dia dilahirkan rambutnya bukan dalam keadaan normal. Tapi ianya harus apabila kelihatan janggal dengan keadaan sekeliling, namun jika uruf kaum atau penduduk setempat kesemuanya mengalami hal yang sama secara semula-jadi maka tidak dibenarkan syara'.

Jenis pewarna dibenarkan syara' ialah apa sahaja warna asalkan ianya tidak bersifat kekal dan tidak menyekat air daripada meresap ke dalamnya, halal dan suci, tidak mendatangkan mudharat kepada si pemakai. Namun lebih afdhal ialah warna perang dan merah.

Kesimpulan;

Dalam kes saudari hukumnya adalah haram, kerana saudari tiada tujuan dibenarkan syara' untuk mewarnakan rambut, kerana mewarna rambut tanpa tujuan adalah haram mengikut kesepakatan ulama' kerana mengubah ciptaan Allah Taala kecuali ianya adalah kehendak si suami tapi dengan syarat wanita tersebut seorang yang bertudung (menutup aurat) di luar rumah, dan ianya hanya untuk suaminya sahaja.

Bukan bertujuan meniru fesyen dan budaya barat seperti budaya punk dan sebagainya adalah haram kerana jelas bukannya datang daripada ajaran Islam.

Tidak mengandungi unsur penipuan seperti usia tua tapi dikenakan warna rambut warna hitam.

Manakala masalah teman saudari sama ada dia lelaki mahupun perempuan dengan tiadanya sebab-sebab yang mengharuskannya berbuat sedemikian seperti disebutkan di atas maka hukumnya tetap haram (pandangan mazhab Imam Syafie)

wallahu 'alam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

NAZAR PUASA KERANA TAK TAHAN NAFSU

hamba hina
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikum wbkh ustaz.

saya ada pertanyaan..

teman ada, seorang gadis..dia hampir berkahwin dengan seorang pemuda akhir tahun ini..insyaallah. namun, setelah berbincang, kedua2 kedua memutuskan untuk menangguhkan pernikahan mereka.

di sebelah pihak lelaki, kerana umur masih muda..dan pekerjaan masih kurang stabil (baru setahun bekerja)
di sebelah pihak perempuan, kerana masih sedang belajar.

jadi, mereka harus menangguhkan pernikahan ke 3-4 tahun lagi.

si gadis, agak terkesan dengan keputusan drastik ini rasa sangat terganggu hatinya. dia sering memikirkan soal pemuda yang bakal menjadi suaminya, tapi dihalang keras pada saat2 akhir. oleh kerana rasa sangat terganggu, maka dia mengambil keputusan untuk berpuasa. apa yang saya amati, setiap hari dia berpuasa, kecuali pada masa uzur.

baru-baru ini.. dia ada bertanyakan pada saya masalah "melancap". kemudian, tak lama setelah itu, dia memberitahu bahawa dia dah bernazar pada ALLAH yang jika dia gagal menjaga nafsunya (mungkin dia sudah terlanjur melancap), dia akan berpuasa selama 2 bulan berturut2.

dan sememangnya, dia gagal. lalu, dia beritahu yang dia harus berpuasa sebaik sahaja tamat ramdhan kali ini.

persoalan saya:

1) adakah wajib bagi dia membayar nazar puasanya 2 bulan berturut2  itu?

2) bukankah RASULALLAH SAW menyarankan bahawa jika mahu berpuasa, harus di selang selikan?

3) sebagai seorang teman yang rapat dengannya, apakah nasihat yang harus saya berikan padanya sebagai sokongan?

wallahualam.

jazakallah khair ustaz.


assalamualaikum.


Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: NAZAR PUASA KERANA TAK TAHAN NAFSU

Rezza Khanafiah
Administrator
This post was updated on .
Wa'alaikumussalam WBT.

Terima kasih kepada saudara/i sudi bertanya, saya kira sudah lama soalan ini ditinggalkan namun memandang ramai lagi yang berkepentingan dan saudara/i tidak memerlukan jawapan yang segara, maka saya mendahulukan siapa yang utama.

Nazar yang dibolehkan ialah sesuatu niat nazar yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan iaitu dalam hal kebajikan. Maka dalam konteks masalah teman saudara/i itu hukumnya adalah wajib dilaksanakan kerana mempunyai unsur mengelak dari kemurkaan dan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ini beradasarkan firman Allah Taala; bermaksud: "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya melata" al-Insan (76:7)

Hadith Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang bernazar untuk TAAT kepada Allah Taala maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya" (al-Hadith)

Puasanya wajib dilakukan seperti apa dia niatkan iaitu dua bulan berturut-turut (tolak masa datang haidh) kecualilah dia mengatakan puasa dua bulan tanpa menyatakan sekali-gus atau berturut-turut, maka boleh dilakukan secara ansur-ansur. Namun dalam hal ini, teman saudara/i tergolong di bawah nazar al-Lajaj iaitu Nazarnya itu masih boleh ditukar ganti dengan membayar kafarah sumpah kerana ianya dilihat kepada sesuatu perkara kemungkinan akan berlaku atau atau mungkin tidak berlaku pada masa akan datang yang mana tidak terikat pada masa.

Andai tidak mampu kerana di sana terhapat halangan tertentu, maka teman saudara/i boleh sahaja menukarkan nazar kepada membayar kafarah sumpah; iaitu memberi makan 10 orang miskin (jika tidak mampu), memerdekan seorang hamba (jika tidak mampu), berpuasa tiga hari berturut-turut.

Nabi s.a.w bersabda: "Kafarah nazar seperti kafarah sumpah" (hadith Riwayat Muslim)



Nasihat:

Usahlah kita sempitkan akal dalam hal-hal yang belum tertentu terjadi atau dengan siapa ditaqdirkan seperti perkahwinan walaupun teman saudara/i sudah mengatakan rasa cinta dan mahu hidup semati... banyak perkara yang perlu dinilai dan dilihat bukan hanya semata-mata ingin memiliki pasangan. Kalian masih muda kenapa ingin dibebani dengan soal rumahtangga, perjalanan masih jauh, kejar dahulu matlamat. Bukan bererti tidak boleh kahwin muda, tapi di sana perlu dilengkapi ilmu rumahtangga, kerana kahwin ialah tanggungjawab suami isteri pada kehidupan bersama atau berpasangan.

Saya cadangkan agar teman saudara/i mengamalkan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis, itupun sudah memadai untuk mengikis nafsunya daripada melakukan perkara di luar batasan. Penting di sini, kenal jadikan puasa sunat tersebut sebagai amalan sebati hinggalah dia mampu berdikari soal kehidupan yang matang.

ketahuilah; Nazar bukan sesuatu amalan yang digalakkan kerana Nabi Muhammad sendiri tidak pernah bernazar.

Wallahu 'alam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

noor hidayah
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamualaikum..

sy ingin bertanya apakah yang harus dilakukan oleh sy sekiranya sy selalu bermain dgn sumpah?
setiap kali say bergaduh dgn seseorg ini, tentu sy akan mengeluarkan kata2 seperti "sy bersumpah jika awk ganggu sy lagu lps ini, awk akan mati katak"..sy rasa sgt2 berdosa skrg ini..

tp sy kdg2 melanggar sumpah yang telah sy katakan itu..sy tkt apabila org berkata tak elok bersumpah krn tkt satu hari nnt sy akan termakan sumpah..sy ingin sekali menyelesaikan mslh ini dan jg bertaubat sebelum sy menutup mata buat selama2nya..

sy mohon sgt agar ustaz dpt memberitahu cara penyelesaian kepada masalah sy yang besar ini.. sekian terima kasih

wassalam..

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

siti zulaiha
In reply to this post by Rezza Khanafiah
assalamu'alaikum W.B.T...
saya nak tanya tentang 'couple' ni dgn lebih mendalam...
tolong saya, saya sangat buntu.....
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

syahidah atiqah
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Pendapat dari seorang Kristian..Cally "Saya tak cakap pun Islam tu buruk, memang betul la Islam ialah satu agama. Tapi Kristian bukan lah hanya satu agama, ia adalah satu hubungan antara Yesus dan semua orang, semua tak kira agama apa, umur berapa, lelaki atau perempuan, semua orang! Kristian, kita ada satu Bible sahaja, ini awak kena betulkan pandangan awak. Kita ada beberapa translation/ versi untuk memudahkan Kristian di dalam dunia ni untuk memahaminya, sebab sesetangah orang tak pandai sangat English, sesetengah memang power giler. Kristians di Indonesia, Thailand, Myanmar guna yang lebih mudah. Walaupun ada beberapa versi, tapi HOLY BIBLE CUMA ADA SATU. DAN CUMA ADA SATU YESUS. Sebenarnya, Islam dan Kristian kebanyakkanya adalah sama. CUMA SATU PERKARA SAHAJA. Islam tiada New Testament seperti kami. Old Testament, dua dua pun ada. Islam hidup berdasarkan Old Testament, iaitu berdasarkan peraturan, atau dalam English, LAW. Kristian, kita tahu pasal Old Testament of course, tapi kita hidup berdasarkan GRACE dan bukan peraturan. GRACE is getting something we don't deserve. GRACE ialah mendapat sesuatu yang kita tak patut miliki. Dalam Bible, cukup jelas GOD IS LOVE. Dan juga, For it is by GRACE you have been saved, through FAITH--and this not from youselves, it is the gift of God--not by works, so that no one can boast. For we are God's workmanship, created in Christ Jesus to do good works, which God prepared in advance for us to do (Ephesians 2:8-9) When Jesus was hang on the cross, he died and resurrected after three days. He said "IT IS FINISHED!" This is the REAL GOD. Kalau Tuhan awak penuh dengan GRACE, kenapa awak masih kena bunuh lembu dan puasa? Bukankah semua itu telah dimaafkan dan dengan itu, kita telah menerima hidup baru kita? :) Yes, memang betul Tuhan itu hanya satu, tapi GOD IS GREAT, He existed in three forms. Bible TIDAK cakap pun kita ada tiga Tuhan. hahaha CUMA ADA SATU. Jadi, sebenarnya, tak ada apa apa pun yang bercanggah. Awak kawan rapat saya dulu, dan masih juga sekarang kawan baik saya, saya takkan putuskan hubungan kita sebagai kawan semata-mata perkara ini, sebab Jesus said to love others just like He loves us! Saya pernah experience semua agama, Islam, Hindu dan Buddha. Jadi, saya tahu yang mana satu yang benar. :D Yesus sayang awak sangat2. :D Saya harap ini dapat mengubah pandangan awak terhadap Kristian. If you think that this relationship with God is bad and fake, then you are actually reflecting your own god. Your thoughts and heart reflects your religion. I still love you, and care for you with a compassionate heart." Assalamualaikum ustaz..apa pendapat ustaz?seorang shbt sy cuba menyebarkn dakyah mengenai Kristian..sy bkn seorang yg arif berkenaan agama, apatah lagi berdebat mengenai isu Islam-Kristian..bimbang soal akidah dan iman tergugat kerana isu2 sebegini..tolong sy..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

kamal khairi
In reply to this post by Rezza Khanafiah
slm ust,sy skrg paljar uia,sblum ni DQ UIAN,n maahad muhammadi lelaki...
ingin bertanye satu soalan brkenaan dgn situasi pelajar uia skrg ni..panas dgn dialog,"nikah khitbah"..boleh ust tolong terangkn?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

jatuh talak kah?

Suami Muda
In reply to this post by Rezza Khanafiah

Assalamualaikum,

Ada sesuatu yang mengelirukan kepala saya hari ini.
Pagi tadi semasa memandu kereta bersama isteri saya, kami berselisih faham, dan isteri saya ugut untuk keluar dari kereta diwaktu saya sedang memandu kereta,
untuk membuat dia berhenti mengugut saya keluar dari kereta waktu itu saya mengatakan 'kalo ayang keluar kereta (dalam hati saya diwaktu itu) jatuh talak', dengan niat dia tidak buat perkara ta diingini(terjun dari kereta diwaktu itu). Selepas itu dia ok sampai kami tiba destinasi setelah sejam saya memandu.
Selepas kami keluar dari kereta, tiba-tiba isteri saya kata 'kita dah jatuh talak ke?'. Saya pun terkejut dan berkata tidak sebab saya berniat kalo dia keluar kereta (diwaktu itu kereta sedang bergerak ketika dia ugut hendak keluar kereta) baru jatuh talak.
Tolong jelaskan adakah sah lafaz talak saya tadi itu.
 
Suami muda
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: jatuh talak kah?

Rezza Khanafiah
Administrator
TALAK adalah perbuatan yang dibenarkan dalam Islam. Namun harus diketahui, TALAK merupakan perkara yang paling dibenci oleh Allah (dalam islam) Taala kerana boleh meruntuhkan sebuah institusi kekeluargaan yang dibina, sedangkan Islam amat menjaga kepentingan umatnya daripada berpecah.

TALAK disyariatkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah;

Allah Taala berfirman; bermaksud: “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik" al-Baqarah (2:229)

Hadith, sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Perkara halal namun paling dibenci oleh Allah adalah talaq" (Hadith Riwayat Abu Daud)

Maksud TALAK: Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud; menceraikan atau melepaskan.

Mengikut istilah syara' ialah bermaksud; Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian.

Lafaz TALAK terbahagi kepada dua; iaitu:
1)Lafaz Soreh
2)Lafaz Kinayah

Lafaz Soreh: ialah membawa maksud 'nyata' atau 'jelas'. Di mana TALAK yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang. Lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya.

Contoh: "Aku ceraikan kau dengan talak satu"

Lafaz Kinayah: ialah membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya, atau kalimah yang samar-samar. Namun, para ijma' ulama' berpakat Lafaz Kinayah ini hendaklah disertakan NIAT untuk menceraikan, maka jatuhlah TALAK.

Contoh: "Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka"

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada pengertian di atas adalah: TALAK boleh berlaku dengan Lafaz Talak ataupun isyarat ataupun dengan tulisan yang disertai dengan niat untuk menjatuhkan talak. Justeru seandainya seseorang suami berniat untuk menjatuhkan TALAK kepada isterinya namun suami tersebut tidak melafazkan Talak ataupun tidak melakukan sebarang isyarat perbuatan ataupun tidak menuliskan Lafaz Talak tersebut, maka talak tersebut tidak akan berlaku.

TALAK tidak akan berlaku melainkan apabila sang suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseorang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai maka TALAK tidak akan berlaku.
 
Namun apabila lafaz talak dinyatakan dengan niat bergurau seperti apabila seseorang suami berkata kepada isterinya:”Saya jatuhkan TALAK satu ke atas kamu” dalam keadaan si suami bergurau, maka TALAK tetap jatuh dan berlaku sekalipun si suami beniat hanya sekadar Satu Gurauan. Ini kerana TALAK merupakan satu perbuatan yang sangat bahaya dan tidak boleh untuk dipandang mudah.


Maka dalam persoalan saudara TALAK tersebut tidak akan berlaku (jatuh) jika benar saudara berpegang pada niat tadi, kerana Lafaz TALAK saudara tadi adalah Kinayah kerana bergantung pada masa ketika itu sahaja. Namun sekiranya saudara mempunyai niat untuk bercerai dan tidak terikat dengan masa dan tempat kereta itu berhenti maka dengan sendiri TALAK akan berlaku.

Wallahu 'Alam.

Nasihat:

Berhati-hatilah dalam perbuatan dan perkataan yang berunsur untuk menceraikan isteri kerana ianya sangat dibenci oleh Islam.

Tahan amarah, sesungguhnya Islam masih menyediakan medium untuk berbincang. Percayalah pada kuasa komunikasi.

Jadilah suami mithali kepada isteri dan bapa mithali kepada anak-anak kerana mereka adalah tanggungan kita, sudah pasti suri teladan baik kepada mereka datang daripada sikap orang yang memimpin mereka terlebih dahulu.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

harmaen
In reply to this post by Rezza Khanafiah
askm, ustaz
saya adalah seorang pelaut oleh kerana kerja saya, makanan yang halal sukar didapatkan.
walaupun halal tetapi segala pinggan mangkuk semuanya telah tercemar oleh makanan tidak halal dan haram seperti khinzir.
adakah saya dikira sebagai darurat ?
bolehkah saya makan menggunakan peralatan yang sama?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

sha ina
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamualaikum ustaz....saya telah disahkan mengandung 6 minggu..tapi saya mengalami turun darah yang sama seperti darah haid selama lebih 7 hari.Saya ada ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan kandungan saya sihat seperti biasa.Apa yang menjadi kemusykilan saya adalah apakah saya perlu solat seperti biasa? Bila saya nk melakukan solat saya rasa seperti solat saya tidak sah kerana darah tersebut.ustaz bolehkah bantu jawab kemusykilan saya ini??
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

masitoh
In reply to this post by Rezza Khanafiah
Assalamu'alaikum ustaz,
Saya pernah bermimpi ayah mertua saya yang sudah meninggal mencari suatu benda di pojok ruang tengah rumah saya. Saya bermimpi seperti itu 2 kali, dengan tempat, orang dan suasana yang sama. Lama setelah itu, suami saya meninggal, kemudian saya bermimpi lagi kurang lebih 2 tahun setelah suami saya meninggal. Dalam mimpi itu, suami saya mencari sesuatu juga di tempat itu juga (pojok ruang tengah rumah saya). Yang mau saya tanyakan ustad, apakah mimpi itu mengandung arti? jika iya, apakah makna yang ada dalam mimpi saya tersebut? Mohon jawabannya ustaz, terimakasih.
Wassalamu'alaikum Wr. Wb
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

qilah
In reply to this post by Rezza Khanafiah
apa hukum seseorang itu mengatakn 'i love jesus' tapi tanpa berniat apa-apa...dan ape hukumnye jika dia berniat....
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Kalian Musykil Masalah Agama? Tanya Ustaz

BASHIRAH BT MOHAMAD
In reply to this post by Rezza Khanafiah
ustaz macm mana nak buangkan daripada dalam diri sifat apabila nak buat sesuatu kebaikan takut orang pandang?


macam mana nak kembalikan rasa takut dalam diri kepada ALLAH?


macam mana nak buang sifat tengok orang lain dapat nikmat lebih?
1234
Loading...