Bantulah saya.

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Bantulah saya.

sar imah
Assalammualaikum. Ustaz saya ingin bertanya kepada ustaz,saya disini bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau siapa sahaja yang terlibat, cuma saya perlu berterus terang untuk mendapatkan penjelasan.Dahulu saya seorang yang ambil mudah dengan segala hukum agama, Allhamdullilah, sekarang mungkin Allah telah membuka pintu hati saya untuk berubah. Malangnya suami saya masih tidak mahu berubah dia tidak melakukan solat samaada solat 5 waktu ataupun solat Jumaat. Saya pernah menegur beliau kerana berosa jika tidak pergi solat jumaat selama 3 hari berturut - turut, Suami juga sanggup berbohong dengan saya yang mengatakan dia pergi Solat Jumaat,padahal dia tidak pergi menunaikan solat Jumaat tersebut. Saya malu dengan anak - anak. Anak saya yang sulung tidak pernah meninggalkan solat dan selalu menunaikan solat berjemaah di surau, manakala anak saya yang bongsu menangis jika tidak dapat pergi menunaikan Solat Jumaat. Pernah saya gunakan anak untuk mengajak ayahnya melakukan solat tapi tiada respon dari suami. Tolonglah ustaz, saya takut suami tidak sempat bertaubat dan menunaikan solat dan akan di murkai olehNYa.
Loading...