Adab Jimak Ketika bermusafir

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Adab Jimak Ketika bermusafir

suami baru
Asalamualaikum saudara

saya baru mendirikan rumah tangga setahun yang lepas.
Saya musykil tentang adab bersetubuh ketika bermusafir?

saya ada terbaca tentang hadith menyatakan:
 "Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim."

apakah ertinya bermusafir dlm tempoh 3 hari 3 mlm. Jika saya membawa isteri saya sekali bagaimana ye? Adakah dlm masa hari sy bertolak ke destinasi sy tidak boleh bersetubuh bersama isteri selama 3 hr 3 mlm?
adakah ia tergolong dlm makruh bersetubuh ?

Bagaimana pula bg mereka yang keluar bercuti keluar negeri berbulan madu?
Atau bagaimana pula, jika suami keluar bekerja keluar negeri tetapi membawa isteri bersama?

diharap kemusykilan saya ini terjawab.

terima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Adab Jimak Ketika bermusafir

Rezza Khanafiah
Administrator
This post was updated on .
Wa'alaikumussalam WBT

Terima kasih kepada 'suami baru' yang sudi bertanyakan soalan di ruangan ini.

Perkataan 'Jangan' di sana bukan bersifat satu larangan yang tidak boleh berlaku atau satu perbuatan yang berdosa, cuma ianya satu langkah atau peringatan tentang adab ketika berjima'. Jika ditakdirkan ianya berlaku, maka harus baginya untuk berbuat sedemikian sekiranya merasakan satu keperluan yang teramat sangat pada ketika itu. Cuma yang harus menjadi keutamaan saudara di sini ialah menjaga kemaluan daripada menyalurkan dzakar ke faraj isteri dalam keadaan haram atau sesuatu yang melampau batas.

Antaranya:

-Jangan melakukan persetubuhan ketika isteri di dalam haidh.
-Tidak melalui dubur.
-Tidak berlaku di bulan Ramadhan di siang hari.
-Tidak berlaku ketika masih dalam ihram haji.

Moga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga ke Syurga.
Loading...